Repositori Digital >
Artikel Jurnal >
Malaya in History/Malaysia in History dan Malaysia Dari Segi Sejarah >

Please use this identifier to cite or link to this item: http://myrepositori.pnm.gov.my/xmlui/handle/123456789/3649

Title: Kemerosotan Kedah Tua: Mangsa Percaturan Politik dan Sosioekonomi Dunia Timur [ Kurun Ke 13-14 ]
Authors: Nasha Rodziadi Khaw
Nazarudin Zainun
Tarmiji Masron
Zulkifli Jaafar
Issue Date: 2008
Publisher: Persatuan Sejarah Malaysia
Abstract: Perbincangan mengenai Kedah tua sering kali mengabaikan faktor-faktor kemerosotan kepentingan Kedah Tua sebagai sebuah pelabuhan entreport. Tulisan ini akan cuba membincangkan faktor-faktor kemerosotan Kedah Tua bermula dari kurun ke-13. Pada masa tersebut, diperhatikan telah wujud perubahan pola perdagangan China dengan Asia Tenggara yang disebabkan rampasan kuasa oleh Dinasti Mongol di China. Perubahan dasar perdagangan tersebut menyebabkan Kedah Tua mula kehilangan kepentingannya sebagai sebuah pelabuhan entrepot. Pada masa yang sama, wujud perubahan politik yang ketara di Asia Tenggara. Antaranya ialah Kejatuhan Srivijaya-Palembang. Ekspedisi Pamalayu oleh Raja Kretanagara, perluasan kuasa Sukhotai, dan pembebasan Kerajaan Tambralinga dari Srivijaya oleh Raja Candrabhanu. Perubahan yang berlaku telah membawa kepada ketiadaan satu kuasa pusat yang mampu memastikan wujudnya satu dasar perdagangan yang seragam di Selat Melaka. Huraian akan tertumpu kepada ketidaktentuan politik dan sosioekonomi dunia timur mulai kurun ke-13 sehingga kurun ke-14 masihi yang menjadi faktor pemicu kepada kejatuhan Kedah Tua.
Description: Sumber: Malaysia Dari Segi Sejarah, Bil.36, 2008, p.52-67.
URI: http://myrepositori.pnm.gov.my/handle/123456789/3649
ISSN: 1675-0594
Appears in Collections:Malaya in History/Malaysia in History dan Malaysia Dari Segi Sejarah

Files in This Item:

File Description SizeFormat
MDSS_2008_36_03.pdf7.81 MBAdobe PDFView/Open
View Statistics

Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.

 

©Copyright 2013 National Library of Malaysia . All Rights Reserved.
Repositori Digital is powered by MIT - Hawlett-Packard. More information and software credits. Feedback