Repositori Digital >
Monograf/Bercetak Malaysiana >

Koleksi Negara : [39]

Collection home page

 
 
or browse 
Subscribe to this collection to receive daily e-mail notification of new additions
View Statistics
PENGENALAN
Mengikut Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987, salah satu daripada tujuan penubuhan Perpustakaan Negara adalah untuk memperolehi, mendokumentasi dan memelihara Koleksi Negara untuk kegunaan generasi masa kini dan akan datang. Sebagai sebuah Perpustakaan Negara dan sebagai pusat repositori terbitan-terbitan dalam Negara, adalah penting dan perlu bagi Jabatan ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini. Menerusi Pusat Penyerahan Terbitan Negara yang telah sedia ada wujud di bawah Perpustakaan Negara Malaysia, bahan-bahan terbitan dalam Negara akan sentiasa dikumpul, didokumentasi dan dipelihara.

Bahan-bahan terbitan dalam Negara ini adalah merangkumi apa-apa jua bentuk bahan terbitan, samada bercetak (termasuk buku, terbitan bersiri, peta, carta dan poster) dan bukan cetak (termasuk filem sinematograf, mikroform, piring hitam, rakaman video dan audio dan media elektronik yang lain).

Ini juga adalah selaras dengan apa yang telah digariskan di dalam Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan, 1986 (Akta 331) di bawah Seksyen 3 (1), yang menjelaskan “bagi maksud Akta ini, adalah dengan ini ditubuhkan sebuah Pusat Penyerahan Negara yang adalah Perpustakaan Negara Malaysia dan yang akan mempunyai tujuan-tujuan berikut:

(a) untuk menyediakan bagi pemuliharaan dan penggunaan bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia;
(b) untuk mewujudkan rekod bibliografi yang standard bagi bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia; dan
(c) untuk menyelenggarakan rekod-rekod statistik bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia.”

 

©Copyright 2013 National Library of Malaysia . All Rights Reserved.
Repositori Digital is powered by MIT - Hawlett-Packard. More information and software credits. Feedback