Please use this identifier to cite or link to this item: https://myrepositori.pnm.gov.my/handle/123456789/1639
Title: Naskhah Ilmu Bedil dan Renungan Pada Epistemologi Melayu berhubung Penggunaan Senjata Api
Authors: Wan Mohd. Dasuki Wan Hasbullah
Issue Date: 7-May-2014
Publisher: Perpustakaan Negara Malaysia
Abstract: Naskhah ilmu bedil merupakan antara bahan penulisan tempatan yang tergolong ke dalam genre kepustakaan ilmu tradisional. Naskhah-naskhah ini berisi maklumat tentang ilmu pengetahuan orang Melayu pada zaman dahulu berhubung penggunaan senjata api. Sehingga kini, sebahagian besar daripada bahan naskhah ini masih belum benar-benar dikaji, walhal ia berpotensi menyumbangkan manfaat yang besar dalam usaha menggali kebudayaan Melayu zaman bahari. Signifikan yang dibawa oleh naskhah ilmu bedil ialah tentang epistemologi dan kompleksiti teknologi Melayu yang menonjolkan kepakaran penggunaan senjata api yang difahami menurut pengertian kebudayaan mereka. Tulisan ini cuba menggambarkan konteks epistemologi naskhah-naskhah tersebut untuk memperlihatkan bagaimana pendekar tembak Melayu menggunakan ‘perisian’ (software) pengetahuan budaya, dalam memberikan tindak balas terhadap stimuli teknologi senjata api yang asing. Konteks epistemologi dikira sebagai poin asas dalam memahami operasi teknikal alatan material (senjata api) dengan cara yang khusus, di mana kekhususan itu memberikan percanggahan makna teknologi hari ini. Dengan melihat pada konteks epistemologi naskhah ilmu bedil, tulisan ini cuba menegaskan bahawa teknologi (‘tekhnē’ dan ‘logia’) merupakan ilmu praktik yang lahir dalam setiap kebudayaan dengan ciri kekhususannya. Justeru, ia patut difahami menurut peramatan dan pemaknaan pihak yang mengadaptasinya selaku penerima dan pengguna alatan material (senjata api) itu sendiri.
URI: http://myrepositori.pnm.gov.my/handle/123456789/1639
Appears in Collections:Kertas Kerja Persidangan /Seminar

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
PAMM2014_Paper21.pdf1.31 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.