Please use this identifier to cite or link to this item: https://myrepositori.pnm.gov.my/handle/123456789/1641
Title: Hikayat Carang Kulina dan Kronologi Inao Versi Ari Nakkhara” “Terjemah” atau “Mengubahsuai?”
Authors: Rattiya Saleh, Prof. Dr.
Issue Date: 7-May-2014
Publisher: Perpustakaan Negara Malaysia
Abstract: Hikayat Carang Kulina1 (HCK54) adalah sebuah teks cerita Panji versi bahasa Melayu tulisan Jawi berbentuk manuskrip yang diduga berhijrah dari istana Negeri Kedah Darul Aman ke istana Siam di Bangkok pada sekitar tahun Masihi 1890. Ia diterjemahkan kepada bahasa Thai baku oleh Khun Nikorn Kanprakit pada tahun Masihi 1918 dan mulai diterbitkan oleh Krom Sillapakorn (Jabatan Kesenian), Kementerian Pendidikan Thailand pada tahun Masihi 1977 dengan judul bahasa Thai iaitu Phongsawadan Inao Cabab Ari Nakkhara atau Kronologi Inau Versi Ari Nakkhara (KIVAN).2 Pemakaian istilah “TERJEMAH” dengan proses penghasilan sebuah cerita Panji versi Thai atau Phongsawadan Inao Cabab Ari Nakkhara tersebut telah mendorong saya menghasilakan sebuah kajian bersifat kualitatif berjudul Hikayat Carang Kulina dan Kronologi Inau Versi Ari Nakkhara : “TERJEMAH” atau “MENGUBAH SUAI” ? ini dan berjaya memastikan penterjemahan itu pada 3 aspek ; 1) Teks KIVAN adalah benar-benar diterjemahkan daripada teks HCK54 pada sebahagian yang kecil sahaja, 2) Teks KIVAN diubah suai daripada teks HCK54 melalui teknik terjemah berbagai, dan 3) Teks HCK54 dan teks KIVAN mempunyai unsur-unsur struktur dasar (main plot) yang sama dan perbezaannya terletak pada plot-plot kecil (sub-plot).
Description: Kertas kerja ini telah dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2014 yang telah berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dari 6-7 Mei 2014.
URI: http://myrepositori.pnm.gov.my/handle/123456789/1641
Appears in Collections:Kertas Kerja Persidangan /Seminar

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
PAMM2014_Paper22.pdf1.94 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.