Please use this identifier to cite or link to this item: https://myrepositori.pnm.gov.my/handle/123456789/1934
Title: Cultural Information Within the Context of the Malaysian National Information Policy
Authors: Shahar Banun Jaafar
Issue Date: 1998
Publisher: Perpustakaan Negara Malaysia
Abstract: Kertas kerja ini membincangkan pelbagai aspek dasar negara berkaitan dengan kebudayaan dan hubungkaitnya dengan Dasar Maklumat Negara. Perkembangan teknologi telah membawa kepada pelbagai perubahan dalam saluran penyebaran dan penggunaan maklumat dan ilmu dan seterusnya merubah budaya sebuah masyarakat. Dasar Maklumat Negara perlu mengambilkira pembentukan Infrastruktur Maklumat dan Ilmu dalam negara yang akan berangkaian dengan infrastruktur Maklumat Serantau serta juga Infrastruktur Maklumat Global. Bagi maksud ini, Malaysia perlu menggalakkan sistem pendokumentasian, pembentukan sumber ilmu digital dan pangkalan data khususnya mengenai kebudayaan. Malaysia kaya dengan sumber maklumat berkaitan dengan kebudayaan tempatan, namun begitu kebanyakan sumber ini masih dalam bentuk lisan dan belum terakam secara sistematik dan didokumenkan untuk kemudahan rujukan yang boleh dicapai secara elektronik. Kertas ini juga ada menyenaraikan beberapa pangkalan data dan sumber maklumat mengenai kebudayaan dari laman web dalam negara serta menjelaskan secara sepintas lalu usaha yang perlu untuk pembentukan Infrastruktur Maklumat dan Ilmu Kebangsaan dan usaha ke arah pengwujudan rangkaian maklumat serantau dan secara global.
URI: http://myrepositori.pnm.gov.my/handle/123456789/1934
ISSN: 0127-1172
Appears in Collections:Sekitar Perpustakaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Sekitar_1998_26_1.pdf5.25 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.