Please use this identifier to cite or link to this item: https://myrepositori.pnm.gov.my/handle/123456789/4053
Title: Perpustakaan Awam Islam : Satu Penilaian Semula
Authors: Balqis Binti Suja'
Keywords: Perpustakaan Awam Islam
Islamic Libraries
Issue Date: 12-Aug-2015
Abstract: Perpustakaan Awam Islam (PAI) telah dirancang penubuhannya pada 1976 dan maklumat berkenaannya perlu dikumpulkan sebagai sebahagian daripada sejarah dan perkembangan kepustakawanan Malaysia. Makalah ini merupakan pengumpulan maklumat dan ulasan deskriptif berasaskan penyelidikan perpustakaan dan temubual dengan Wan Alias Wan Abdullah sebagai perintis, Samsiah Sanat (kakitangan pengasas yang masih bertugas di PAI dan dua orang pustakawan semasa. Penilaian dilakukan terhadap pertumbuhan, perkembangan dan pendekatan yang diambil dalam membangunkan PAI. Faktor struktur organisasi dan sumber perjawatan telah memberi pengaruh kepada perkembangan PAI. Objektif membangunkan ummah dan negara melalui perkhidmatan perpustakaan perlu dilangsungkan secara terancang dan profesional. PAI dikenali sebagai perpustakaan awam rujukan di Malaysia dan berpotensi untuk kembali berperanan sebagai sebuah perpustakaan Islam utama. Keberadaannya dalam sistem perpustakaan Malaysia wajar diberi tumpuan supaya PAI boleh mencapai objektifnya dan ditingkatkan sebagai perpustakaan khusus negara serta dikenali oleh dunia Islam.
Description: Kertas Kerja ini telah dibentangkan di Persidangan Perpustakaan Masjid Peringkat Kebangsaan 2015 yang telah berlangsung dari 11-12 Ogos 2015 bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.
URI: http://myrepositori.pnm.gov.my/handle/123456789/4053
Appears in Collections:Kertas Kerja Persidangan /Seminar

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
BalqisSuja_PerpustakaanAwamIslam_Slide.pptxSlide Presentation (PPTX)1.53 MBMicrosoft Powerpoint XMLView/Open
PPMPK2015_Paper05.pdfKertas Kerja Persidangan (Full-Text - PDF)8.24 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.