Please use this identifier to cite or link to this item:
https://myrepositori.pnm.gov.my/handle/123456789/876
Title: | Penggunaan Sumber Rujukan Media Elektronik Di Perpustakaan: Persepsi Pustakawan Rujukan |
Authors: | Siti Adnon Haji Abdul Wahid |
Keywords: | electronic resources reference services reference librarian reference sources OPAC CD-ROM Internet online databases |
Issue Date: | 2003 |
Publisher: | Perpustakaan Negara Malaysia |
Abstract: | Kajian ini membincangkan tentang perkembangan sumber rujukan media elektronik di perpustakaan di Malaysia. Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau keperluan dan penggunaan sumber rujukan media elektronik di kalangan pustakawan rujukan. Dapatan kajian ini diharap dapat memperlihatkan jenis sumber rujukan media elektronik yang digunakan, tahap kepuasan dalam penggunaan sumber rujukan media elektronik, tahap kemudahan menggunakan sumber rujukan media elektronik, kekerapan penggunaan dan sebab sumber rujukan media elektronik digunakan. Jenis sumber rujukan media e1ektronik terkini yang turut dibincangkan dalam kajian ini termasuk OPAC, CD-ROM, Internet, pangkalan data dalam talian dan beberapa sumber rujukan media e1ektronik yang berpotensi. Kajian ini telah dikendalikan dengan menggunakan kaedah tinjauan menggunakan teknik soal selidik. Satu set soal selidik yang mengandungi 18 soalan telah diagihkan seeara pos kepada pustakawan rujukan di pelbagai jenis perpustakaan tidak termasuk perpustakaan sekolah. Seramai 83 daripada 150 orang responden (55.3%) telah mengembalikan soal selidik yang telah siap diisi. Daripada soal selidik ini, data telah dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan SPSS. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini membuktikan bahawa pustakawan rujukan menggunakan sumber rujukan media elektronik dalam tugas membuat pencarian maklumat untuk pengguna dan mereka berpuas hati dengan sumber berkenaan. Tambahan lagi, pustakawan rujukan mendapati sumber rujukan media elektronik mudah digunakan dan ini membantu mereka mengesan maklumat yang dikehendaki dengan lebih mudah dan tepat. Pustakawan rujukan kini lebih kerap menggunakan sumber rujukan media elektronik jika dibandingkan dengan sumber rujukan tradisional yang mereka gunakan sebelum ini. |
URI: | http://myrepositori.pnm.gov.my/handle/123456789/876 |
ISSN: | 0127-1172 |
Appears in Collections: | Sekitar Perpustakaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Sekitar_2003_36_4.pdf | 4.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.