Monograf bermaksud buku yang meliputi semua bidang perkara seperti Karya Am, Falsafah, Agama, Sains Sosial, Bahasa, Sains Jati, Teknologi, Sains Gunaan, Kesenian, Kesusasteraan, Geografi dan Sejarah.
Manuskrip Melayu adalah segala bentuk tulisan tangan menggunakan skrip Jawi dalam bahasa Rumpun Melayu mengenai alam dan tamadun Melayu yang berusia sekurang - kurangnya 100 tahun.
Terbitan yang diterbitkan sebelum tahun 1950an dan/atau sukar diperolehi, terbitan habis cetak atau tiada dalam pasaran. Koleksi nadir merupakan khazanah warisan ilmu yang memuatkan maklumat penting berkaitan sejarah awal ...
Koleksi Peribadi merupakan himpunan ilmu dan maklumat yang dimiliki oleh orang perseorangan, tokoh-tokoh ilmuan, cendikiawan, budayawan, negarawan atau pengkaji yang banyak memberi sumbangan kepada ketamadunan manusia. ...
Koleksi sumber elektronik dan audiovisual merupakan bahan tidak bercetak dalam pelbagai bidang perkara dan format seperti kaset audio, kaset video, cakera padat data (CD-ROM), cakera audio, cakera video, cakera video digital ...
Sari Pustaka memuatkan ulasan dan sinopsis buku-buku baru terpilih yang diterima oleh Perpustakaan Negara Malaysia di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 dan buku yang dibeli oleh Perpustakaan Negara Malaysia
Sekitar Perpustakaan adalah sebuah jurnal yang diterbitkan dua kali setahun dan tujuan utamanya ialah untuk memenuhi keperluan profesionalisme pustakawan dan menggalakkan pertukaran pendapat dan maklumat serta pengalaman ...