Abstract:
Di era digital penyebaran maklumat berkembang dengan pantas, maka perpustakaan tidak dapat memenuhi semua kehendak pelanggannya. Oleh itu, perpustakaan perlu meningkatkan fungsinya bukan sahaja sebagai pusat penyerahan koleksi buku-buku tetapi peningkatan dalam aktiviti perolehan maklumat yang lebih menyeluruh selaras dengan kewujudan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information Communication Technology). Kertas kerja ini membincangkan mengenai penggunaan Teknologi Maklumat, dan Komunikasi
di perpustakaan Negeri Sabah dan bagaimana menambah perkhidmatan perpustakaan yang sedia ada serta menambah kualiti perkhidmatan yang baru untuk memenuhi cabaran dalam era digital dan memenuhi kepuasan pelanggan perpustakaan.