Abstract:
Kertas ini membincangkan keperluan perancangan pembangunan sumber manusia bagi
perpustakaan di sektor awam supaya seiring dengan keperluan negara ke arah tahun 2020. Peranan Pustakawan akan lebih mencabar dan perlu mengikut keperluan dan persekitaran pada masa itu. Peranan Perpustakaan Negara dalam pembangunan sumber manusia juga dibincangkan dari peringkat pengisian jawatan Pustakawan, Penolong Pegawai Perpustakaan dan Pembantu Perpustakaan dalam Perkhidmatan Gunasama Perpustakaan hingga ke latihan dalam perkhidmatan. Beberapa saranan kepada institusi yang menyediakan program pendidikan dan latihan untuk personel perpustakaan dan juga maklumat diberi bagi menyediakan sumber manusia bagi menangani cabaran-cabaran abad ke 21.