Abstract:
Kertas ini menekankan kepada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasikan untuk membina satu sistem pencarian maklumat yang boleh digunakan terutama sekali dalam sistem pencarian maklumat di perpustakaan. la merupakan satu reka bentuk sistem cadangan bagi suatu sistem yang boleh diprogramkan bagi pengguna yang pakar dan berpengetahuan dalam bidang yang diceburinya. Tujuan utama mengemukakan model pembangunan sistem pencarian maklumat pintar adalah untuk menolong pengguna untuk mendapat carian maklumat yang lebih menepati hasrat
pencari, memudahkan pencarian, lebih mesra pengguna, mengurangkan kerumitan dan masalah yang selalu timbul semasa membuat pencarian maklumat dan mengemukakan penyelesaian alternatif untuk memperbaiki sistem pencarian
maklumat yang sedia ada.