Abstract:
Kertas kerja ini membincangkan trend masa depan dan pembangunan perpustakaan di
Malaysia. Ianya meninjau sejarah pertumbuhan dan peranan yang dimainkan oleh kelimalima
jenis perpustakaan yang ada di samping latihan untuk profesion perpustakaan.
Menurut penulis, perkembangan semasa di peringkat antarabangsa dan kebangsaan
mempunyai impak yang besar terhadap pembangunan perpustakaan di Malaysia. Di
peringkat kebangsaan beberapa strategi telah disarankan oleh penulis dalam usaha memenuhi keperluan maklumat negara menjelang tahun 2020 dan seterusnya. Automasi serta pewujudan perkongsian dan rangkaian maklumat di antara perpustakaan membawa implikasi yang mencabar kepada profesionalisma kepustakawanan, Di sinilah perlunya Pustakawan sentiasa sensitif dan responsif terhadap keperluan perkhidmatan maklumat yang sentiasa berubah sejajar dengan keperluan persekitaran pada masa itu.