Abstract:
Kertas kerja ini membincangkan pelbagai aspek
dasar negara berkaitan dengan kebudayaan dan
hubungkaitnya dengan Dasar Maklumat Negara.
Perkembangan teknologi telah membawa kepada
pelbagai perubahan dalam saluran penyebaran
dan penggunaan maklumat dan ilmu dan seterusnya merubah budaya sebuah masyarakat.
Dasar Maklumat Negara perlu mengambilkira
pembentukan Infrastruktur Maklumat dan
Ilmu dalam negara yang akan berangkaian
dengan infrastruktur Maklumat Serantau serta juga Infrastruktur Maklumat Global. Bagi maksud ini, Malaysia perlu menggalakkan sistem pendokumentasian, pembentukan sumber
ilmu digital dan pangkalan data khususnya
mengenai kebudayaan. Malaysia kaya dengan sumber maklumat berkaitan dengan kebudayaan tempatan, namun begitu kebanyakan sumber ini masih dalam bentuk lisan dan belum terakam secara sistematik dan didokumenkan untuk
kemudahan rujukan yang boleh dicapai secara elektronik. Kertas ini juga ada menyenaraikan
beberapa pangkalan data dan sumber maklumat
mengenai kebudayaan dari laman web dalam negara serta menjelaskan secara sepintas
lalu usaha yang perlu untuk pembentukan
Infrastruktur Maklumat dan Ilmu Kebangsaan
dan usaha ke arah pengwujudan rangkaian
maklumat serantau dan secara global.