Abstract:
Dalam kertaskerja ini , penulis menghuraikan pencapaian dan kemajuan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dan agensi-agensi pusat. Peranan Perpustakaan Negara Malaysia dan
masalah yang dihadapi untuk memajukan perkembangan perpustakaan awam akan dibincang.Langkah-langkah untuk memajukan perkhidmatan perpustakaan awam juga disyorkan.