Includes Bibliography
Penerbitan buku di negara ini semakin memperlihatkan kemajuan sekurangkurangnya
dalam peningkatan jumlah penerbit dan juga jumlah judul yang
diterbitkan setiap tahun . Walau bagaimanapun status sebenar harga buku
di negara ini belum pernah dikaji dengan serius oleh mana-mana pihak.
Harga buku secara tidak langsung juga mempengaruhi tabiat membaca di kalangan
rakyat Malaysia. Justeru itu, buku Kajian Harga Buku di Malaysia ini dihasilkan bagi
meneliti status harga buku di negara ini berdasarkan kedudukan ekonomi semasa dan
berdasarkan perbandingan harga antara penerbit buku dengan penyediaan data awal
tentang harga buku di negara ini . Adalah sukar menyatakan apakah harga sesebuah
buku itu dapat dianggap 'mahal' atau 'murah' kerana sifatnya yang relatif kepada siapa
yang membelinya dan bergantung kepada keadaan semasa .