Description:
Usaha untuk menerbitkan Bibliografi Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam versi bercetak ini bertujuan untuk memperluas sebaran dan capaian kepada sumber maklumat yang telah dikumpul dan juga sebagai rakaman khazanah negara bagi memperingati jasa bakti Almarhum Tunku Abdul Rahman. Bibliografi ini diharap akan menjadi sumber rujukan yang bermanfaat kepada penyelidik dan orang awam yang ingin mengetahui secara mendalam tentang kehidupan, kegiatan politik dan sosial, minat, pemikiran serta ketokohan
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.