Description:
Bibliografi ini mengumpulkan maklumat kepada
sumber-sumber rujukan mengenai penulisan/karya
yang dihasilkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman
dan penulisan/karya mengenai beliau yang ada tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia, Memorial Tunku Abdul Rahman, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Perpustakaan Foto, Jabatan Penerangan Malaysia. Ia meliputi sumber maklumat dari buku, ucapan, artikel majalah/jurnal/suratkhabar, sumber media dan
elektronik, kertas kerja seminar/persidangan yang
diterbitkan di dalam dan luar negara, surat-surat dan gambar foto terpilih. Bibliografi ini diterbitkan juga dalam bentuk CD-ROM