Abstract:
Makalah ini membincangkan penglibatan Malaysia dalam misi pengaman PBB yang
telah ditugaskan atas arahan Setiausaha Agung PBB untuk membantu negara-negara yang mengalami peperangan dan konflik. Melalui penyertaan Malaysia dalam PBB selepas 17 hari kemerdekaan Malaysia diisytiharkan pada tahun 1957, Malaysia telah mula memainkan peranannya dalam muka dunia dengan melakukan tugas pengaman. Dalam penglibatan misi pengaman ini pasukan tentera dan polis terlibat.