Abstract:
Tujuan utama perbincangan dalam artikel ini adalah untuk meneliti sebab-sebab
yang menyebabkan PKM gagal dalam gerakan bersenjatanya (1948-1960). Dalam hal ini,
strategi perjuangan PKM, kegagalan PKM mendapat sokongan penduduk keseluruhan,
masalah kepimpinan PKM, struktur organisasi PKM, langkah-Iangkah kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam membanteras komunis dan pencapaian kemerdekaan oleh Tanah Melayu akan dikupas dalam artikel ini.