Abstract:
Perbincangan dalam artikel ini akan meliputi topik seperti kerjasama kebahasaan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia, peranan individu, pertubuhan serta pengaruh badan politik terhadap perkembangan bahasa kebangsaan antara tahun 1957 hingga 1966. Apa yang menariknya, isu bahasa yang digunakan dalam kempen pilihan raya umum 1959 dan pilihan raya umum 1964 oleh para pemimpin politik turut dikupas dalam perbincangan ini. Selain itu, turut disentuh mengenai perkembangan bahasa
kebangsaan di Sabah dan Sarawak.