Abstract:
Merupakan iklan/trailer video bagi mempromosikan perkhidmatan u-Pustaka untuk paparan di siaran televisyen tempatan. Video ini adalah terbitan Filem Negara Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Video iklan promosi u-Pustaka ini dilakonkan oleh selebriti popular dan ikon membaca, Wardina. Video trailer ini hanya disediakan dalam versi Bahasa Malaysia sahaja. Format fail disediakan adalah 3gp, flv, mp4 dan vob.