Abstract:
Penghasilan serta penggunaan sumber-sumber bacaan dan rujukan dalam format digital dewasa ini dilihat semakin berkembang. Senario ini dilihat sebagai suatu peluang bagi perpustakaan untuk membangunkan koleksinya dalam format digital serta menyediakan perkhidmatan bagi mengakses sumber-sumber elektronik untuk dimanfaatkan oleh para pengguna. Penggunaan e-buku misalnya, menjadi semakin popular dewasa ini khususnya di kalangan generasi muda dan mereka yang celik teknologi maklumat. Artikel ini akan memberi penerangan secara ringkas mengenai e-buku, sejarah perkembangannya, format-format dan teknologi
berkaitan e-buku, serta tinjauan kepada beberapa contoh perkhidmatan e-buku di perpustakaan, dari dalam dan luar negara.