Abstract:
Kejayaan mengekpolitasi maklumat telah menyaksikan banyak negara-negara maju berjaya mewujudkan
masyarakat bermaklumat yang menjadi asas kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dengan menggunakan
maklumat untuk menjana pendapatan tinggi dan memajukan ekonomi negara. Negara-negara ini juga berjaya
mewujudkan masyarakat yang bijak menggunakan maklumat untuk tujuan pembelajaran sepanjang hayat.
Uterasi maklumat adalah elemen penting di dalam mewujudkan masyarakat bermaklumat dan pembelajaran
sepanjang hayat. Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai tahap kemahiran literasi maklumat di kalangan
pengguna Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi membantu PNM mewujudkan program literasi maklumat
yang baik dan berkesan. Hasil kajian menunjukkan pengguna PNM masih kurang berpengetahuan dalam
menilai dan memilih sumber maklumat dengan tepat. Justeru itu PNM perlu meningkatkan dan menggiatkan
lagi program literasi maklumat untuk mendidik kemah iran literasi maklumat di kalangan penggunanya.