Abstract:
Kertas ini meninjau mengenai penggunaan perisian sumber terbuka (Open Source
Software) di kalangan perpustakaan/institusi di Malaysia khususnya di dalam
pembangunan perpustakaan digital dan pembinaan repositori digital institusi. Dengan
memberikan contoh-contoh perisian yang dimaksudkan, kertas ini memberi penjelasan
am mengenai perisian berkenaan, khususnya dari segi ciri, keperluan dan kemampuannya
selain meninjau penggunaannya di kalangan perpustakaan-perpustakaan di Malaysia.