Abstract:
Kewujudan pelbagai bentuk maklumat pada masa kini memerlukan kita melihat kembali
kepada peranan sebenar pustakawan pengkatalogan. Dalam kajian ini, sebanyak 74 buah
perpustakaan telah diminta memberi maklumbalas mengenai peranan masa kini pustakawan
pengkatalogan di Malaysia. Majoriti perpustakaan dalam kajian ini menyatakan tugas
mengkatalog bahan-bahan yang diperolehi oleh sesebuah perpustakaan serta tugas-tugas
lain yang berkaitan dengan pengkatalogan adalah tugas utama seorang pustakawan
pengkatalogan. Walau bagaimanapun, sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat,
terdapat beberapa buah perpustakaan yang cuba beralih dari tugas utama ini dengan
mempertanggungjawab pustakawan pengkatalogan dengan tugasan lain. Selain daripada
itu, pengkatalogan secara luaran atau outsourcing tidak dapat menggantikan pengkatalogan
yang dilakukan secara dalaman. lni memperkukuhkan lagi tugas pustakawan pengkatalogan
di perpustakaan di Malaysia.