Abstract:
Kajian ini membincangkan tentang perkembangan sumber rujukan media elektronik di perpustakaan di Malaysia. Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau keperluan dan penggunaan sumber rujukan media elektronik di kalangan
pustakawan rujukan. Dapatan kajian ini diharap dapat memperlihatkan jenis
sumber rujukan media elektronik yang digunakan, tahap kepuasan dalam
penggunaan sumber rujukan media elektronik, tahap kemudahan menggunakan sumber rujukan media elektronik, kekerapan penggunaan dan sebab sumber rujukan media elektronik digunakan. Jenis sumber rujukan media e1ektronik terkini yang turut dibincangkan dalam kajian ini termasuk OPAC, CD-ROM,
Internet, pangkalan data dalam talian dan beberapa sumber rujukan media e1ektronik yang berpotensi. Kajian ini telah dikendalikan dengan menggunakan kaedah tinjauan menggunakan teknik soal selidik. Satu set soal selidik yang mengandungi 18 soalan telah diagihkan seeara pos kepada pustakawan rujukan di pelbagai jenis perpustakaan tidak termasuk perpustakaan sekolah. Seramai 83
daripada 150 orang responden (55.3%) telah mengembalikan soal selidik yang telah siap diisi. Daripada soal selidik ini, data telah dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan SPSS. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini membuktikan bahawa pustakawan rujukan menggunakan sumber rujukan media elektronik dalam tugas membuat pencarian maklumat untuk pengguna dan mereka berpuas hati dengan sumber berkenaan. Tambahan lagi, pustakawan
rujukan mendapati sumber rujukan media elektronik mudah digunakan dan ini
membantu mereka mengesan maklumat yang dikehendaki dengan lebih mudah
dan tepat. Pustakawan rujukan kini lebih kerap menggunakan sumber rujukan
media elektronik jika dibandingkan dengan sumber rujukan tradisional yang
mereka gunakan sebelum ini.