Description:
Cik Shahar Banun Jaafar, mantan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia merupakan salah seorang pemimpin dan pengurus yang menjadi pemangkin dalam usaha Perpustakaan Negara Malaysia untuk mewujudkan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat yang setanding dengan perpustakaan yang terdapat
di negara maju yang lain. Terbitan ini yang menyenaraikan hasil penulisan Cik Shahar Banun Jaafar dalam pelbagai isu merupakan satu usaha untuk merekodkan karya beliau untuk memudahkan rujukan.