Description:
Katalog Pameran ini disediakan sempena pameran yang julung kali diadakan untuk
mengabadikan hasil usaha di atas. Pameran Persuratan Melayu: Warisan Intelek Silam
menghidangkan 142 naskhah manuskrip Melayu dan buku nadir dari koleksi Perpustakaan
Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Manuskrip dan buku nadir yang dipilih
mewakili pelbagai bidang berkaitan dengan persuratan Melayu. Setiap entri Katalog ini memuatkan deskripsi manuskrip Melayu dan buku nadir sebagai
satu dokumentasi. Ianya bukan sahaja merupakan panduan kepada bahan yang
dipamerkan tetapi juga untuk para penyelidik dan peminat persuratan Melayu lebih
mengenali bahan-bahan dalam pelbagai bidang persuratan Melayu seperti sastera,
undang-undang dan ilmu perubatan tradisional