Description:
Katalog Manuskrip Melayu ini disediakan sempena Pameran Manuskrip Melayu
Antarabangsa yang bertemakan 'Manuskrip Melayu : Suatu Penghayatan Minda
Melayu' yang berlangsung di Perpustakaan Negara Malaysia dari 2 hingga 31
Oktober 1995. Pameran ini merupakan satu peristiwa bersejarah bagi rantau
AJam Melayu kerana beberapa manuskrip asal dibawa pulang dari luar negeri untuk
dipamerkan kepada umum. Katalog ini memuatkan deskripsi manuskrip terpilih yang berjumlah 115 naskhah dipamerkan sebagai satu dokumentasi. Ia ini disediakan bukan sahaja sebagai panduan kepada manuskrip yang dipamerkan tetapi juga untuk para penyelidik dan peminat manuskrip lama mengenali manuskrip yang terpilih dari berbagai aspek mewakili bidang masing-masing. Adalah diharap dengan adanya katalog ini dapat membantu orang ramai menghayati dan meminati warisan budaya Melayu yang penuh dengan ilmu dan seni. Katalog ini disediakan dengan kerjasama berbagai pihak terutama institusi tempatan
iaitu Pusat Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan Muzium Negeri Terengganu yang memberi kemudahan bagi penyusun melihat manuskrip untuk dibutirkan.