Description:
Katalog Buku Kemerdekaan menghimpunkan sinopsis 114 buku-buku berkaitan
kemerdekaan Malaysia yang terdapat dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia. Buku-buku yang dimuatkan dalam katalog ini merakamkan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air serta kisah tokoh-tokoh negarawan. Selain dari itu, karya sastera dalam bentuk novel, cerpen dan puisi nukilan penulis tempatan yang diilhamkan dari jerih payah rakyat menempuhi ranjau kehidupan semasa peringkat awal kemerdekaan juga dimuatkan dalam buku ini. Maklumat yang terkandung dalam buku-buku
ini perlu diketengahkan dan dihayati oleh semua golongan masyarakat bagi memupuk
semangat cintakan negara dan menghargai erti kemerdekaan. Terbitan ini boleh dijadikan sumber rujukan utama untuk mendapatkan maklumat mengenai sejarah kemerdekaan negara. Katalog ini dibahagikan kepada bidang perkara tertentu bagi memudahkan membuat rujukan. Setiap entri disusun secara berabjad di bawah nama pengarang atau judul (sekiranya tiada nama pengarang).