Description:
Katalog ini merupakan kesinambungan daripada Katalog Koleksi Nadir dan Peribadi yang diterbitkan pada tahun 2006. Katalog yang bercirikan buku mewah ini merupakan satu
terbitan bertujuan untuk mempromosi koleksi nadir dan koleksi peribadi yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia serta menggalakkan penggunaan bahan berkenaan dalam usaha memartabatkan koleksi ini sebagai warisan negara yang perlu dipulihara dan dilestarikan ilmu yang terkandung di dalamnya kepada masyarakat. Sebanyak 110 buah buku telah dipilih dan dibuat sinopsis, yang terdiri dari pelbagai subjek perkara seperti sejarah, pendidikan, undang-undang, kesusasteraan, kebudayaan dan lain-lain. Katalog Koleksi Nadir & Koleksi Peribadi Beranotasi ini ditulis dalam bahasa Melayu yang kebanyakan koleksinya terdiri dari tulisan jawi dan rumi.