Abstract:
Isu kerelevanan dokumen merupakan isu yang sering ditimbulkan pada masa kini. Ini kerana
maklumat yang terlalu banyak menyukarkan pengguna, untuk membuat pemilihan yang tepat. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan InForest, model sistem capaian maklumat pintar yang
menggunakan teknik kepintaran buatan, iaitu rangkaian neural dalam menyusun dokumen di web mengikut keperluan pengguna. Model ini mempamerkan kepintarannya dengan wujudnya agen maklumbalas (FedGent) bagi menyusun dokumen di web.