Abstract:
Warkah Melayu lama merupakan manuskrip terawal yang dihasilkan oleh masyarakat zaman silam untuk pelbagai tujuan dan kepentingan. Ianya digunakan sebagai saluran komunikasi dan sebagai saluran perhubungan ikatan silaturahim antara kerajaan, pembesar, antara pembesar dengan pemerintah Barat dan antara pembesar-pembesar di Kepulauan Melayu.