Abstract:
Kuih tradisional Melayu merupakan kuih tradisi masyarakat Melayu yang mempunyai keistimewaan dan rasa tersendiri. Bahan-bahan untuk membuat kuih ini yang menggunakan bahan-bahan tempatan yang diproses secara tradisional. Terdapat berbagai-bagai jenis kuih tradisional yang dijual di kedai-kedai makan atau di kedai-kedai runcit di sekitar Negeri Perlis.Diantaranya ialah kuih karas dan kuih dangai. Kedua-dua kuih ini mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi rasa dan kaedah membuatnya.